Thursday, March 10, 2011

Tarik kembali Undang-Undang Darurat.!! Untuk siapa?



PETALING JAYA 5 MAC : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bakal membentangkan usul bagi menarik kembali Undang-Undang Darurat yang masih lagi efektif di negara ini sejak 1960-an.
Hal ini diberitahu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang menyatakan bahawa kewujudan Undang-Undang Darurat menunjukkan Malaysia tidak akan dapat melakukan transformasi politik ke arah yang lebih baik.
"Kami ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan bentang usul memperkenalkan Rang Undang-undang pemansuhan Darurat menjelang Parlimen kali ini. Ini tunjukkan komitmen kita. Kita bukan cakap saja, kita akan buat," katanya.
Izzah berkata demikian dalam satu ceramah di Petaling Jaya semalam.
Darurat negara ini diistiharkan beberapa kali semasa kebangkitan Komunis, 1947 hingga 1990, selain Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963.
Terbaru ialah selepas tragedi 13 Mei 1969 di mana Parlimen digantung dan pentadbiran negara diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara yang dipimpin Tun Abdul Razak.
Ini menyaksikan banyak undang-undang diperkenalkan di bawah Ordinan Darurat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pelbagai lagi
Pakar Undang-Undang, Prof Saleem Shah Faruqi sebelum ini menyatakan banyak faktor yang mungkin menyebabkan kerajaan tidak menamatkan darurat iaitu mungkin kerajaan jahil dalam perkara ini; dan keduanya, kerajaan mungkin mendapati undang-undang yang digubal ketika darurat memberi "kemudahan" ketika digunakan.
Beliau menyatakan menurut artikel 150 (7) dalam Perlembagaan Persekutuan, seandainya darurat ditamatkan, semua akta yang digubal ketika tempoh darurat akan hilang penguatkuasaannya selepas enam bulan
Menurut Izzah, penarikan darurat penting bagi memastikan kebebasan dan kemerdekaan sebenar dapat dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.
"Selagi kita tak wujudkan transformasi politik, wujudkan keadaan di mana kebebasan kepada segenap lapisan masyarakat, tidak mungkin kita ke depan," tegas Izzah.
Izzah turut menyatakan betapa keadaan ini lebih teruk daripada rejim Mubarak yang memerintah Mesir dengan undang-undang darurat sepanjang 30 tahun pemerintahannya.
"Kita juga masih hidup dalam zaman darurat. Di Mesir, 30 Tahun Hosni Mubarak tak tarik darurat, di Malaysia 47 tahun masih lagi darurat berkuatkuasa. Digunakan akta darurat untuk halau warga setinggan seperti yang berlaku di Batu ,Segambut . Dan juga untuk mengusir mereka yang tinggal untuk bina MRT. Penggunaan Akta Pengambilalihan Tanah ini digunakan untuk ini," katanya.

lebih lanjut baca sini: http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/03/pr-bentang-pemansuhan-undang-undang.html

No comments:

Post a Comment