Thursday, March 10, 2011

Selamatkan Malaysia?



Begitulah tajuk yang dibawa oleh sekumpulan yang menggelarkan diri mereka pemimpin. Berlagak seolah mereka adalah pasukan risikan yang telah mengetahui Malaysia ini tidak lagi selamat untuk diduki atau didiami lalu melancarkan satu kempen bertajuk "Selamatkan Malaysia." Melihatkan kepada tajuknya mungkin akan membuatkan kita risau apa sebenarnya yang bakal berlaku? tetapi jika dinilai dari keadaan kebelakangnya pula seakan tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya ini semua hanyalah propaganda tersepit yang sengaja diada-adakan untuk menakutkan rakyat. Bagi golongan orang lama, perkara ini tidak menakutkan mereka kerana mereka telah melalui saat yang lebih getir seperti yang berlaku ketika penjajahan jepun dulu dan pada masa itu ramai diantara mereka berjuang untuk menyelamatkan malaysia hingga ke hari kemerdekaan dan selepas kemerdekaan.

Kini keadaannya bebeza pabila anak muda pula melaungkan slogan perjuangan selamatkan Malaysia dengan penuh semangat tetapi yang peliknya kita nak selamatkan apa? Negara aman, rakyat makmur dan semuanya dalam keadaan baik dan terancang. Pergi kerja, balik kerja, pergi pasar, memancing, bersukan dan lain-lain lagi aktiviti tanpa diancam bom atau peluru sesat.

Jika difikirkan, Panglima rasa mereka yang berkempen ini perlu di saring air kencingnya manalah tahu mungkin mereka ini terlibat dalam penyalagunaan dadah dan mungkin inilah penyebab mereka merasakan negara ini tidak selamat untuk mereka.
Akhir kata dari Panglima, selamatkanlah Malaysia ini dari musuh-musuh yang ingin mengucar-kacirkan negara dan jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap pengkhianat negara ini, sebaliknya selidikilah dulu dan buatlah penilaian melaluiapa yang telah kita kecapi selama ini.

2 comments: