Sunday, March 27, 2011

Rakyat kena sedia hadapi gempa !



Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Usahawan tawar RM5j beli pasar lama MPKB


KOTA BHARU 27 Mac — Seorang usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kira-kira 300 peniaga yang diarah berpindah ke tempat baru.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata usahawan itu, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad yang juga Bendahari Umno Kota Baharu, sanggup membelinya daripada sebuah syarikat yang dilaporkan telah membayar RM3.8 juta kepada kerajaan negeri untuk bangunan pasar lama tersebut.

"Sheikh Ahmad Rozi telah menghubungi saya untuk menawarkan membeli bangunan itu semata-mata mahu menyelesaikan masalah peniaga yang telah diarah berpindah segera pada 30 Mac ini oleh syarikat terbabit.

"Saya harap syarikat terbabit setuju untuk menjual kepada beliau kerana ini bukan sahaja menyelesaikan masalah peniaga, tetapi syarikat itu juga akan mendapat keuntungan sebanyak RM1.2 juta,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB Ab Salim Ahmad, seorang peguam Norazli Ahmad dan Ketua Pemuda Umno Kota Baharu Rosmadi Ismail.

Mohd Fatmi, yang juga Ketua Umno Kota Baharu, berkata jika syarikat itu menjual bangunan tersebut kepada Sheikh Ahmad Rozi, peniaga akan dibenarkan berniaga seperti biasa sementara menunggu ditempatkan di bangunan lain.

"Dengan ini, mereka tidak lagi perlu berpindah di Bazar Tok Guru, yang mencetuskan kontroversi, dan jika dijual kepada usahawan ini, peniaga akan terus berniaga sementara menunggu bangunan baru yang lain, dan lebih selesa daripada Bazar Tok Guru ini,” katanya.

Beliau berkata semua peniaga itu menerima notis untuk mengosongkan premis daripada Blue Lang Management beberapa hari lepas.

"Ini satu penipuan oleh kerajaan negeri kerana Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjanji peniaga itu dibenarkan berniaga sehingga 30 Mei depan, tetapi tiba-tiba syarikat terbabit telah mengeluarkan notis agar (peniaga) berpindah lebih awal,” katanya.

Sementara itu, Ab Salim berkata semua peniaga bertekad untuk tidak keluar daripada premis yang mereka duduki hampir 30 tahun.

"Ini tempat kami mencari rezeki. Kenapa kami dihalau sebegini rupa dan di mana janji Menteri Besar untuk kami terus berniaga kira-kira untuk dua bulan lagi,” katanya.

— BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

Monday, March 14, 2011

Sumpah Pendekar!!




Tujuh petala bumi Tujuh petala langit

Dari gunung ke lembah curam

Dari sungai ke lautan bergelombang

Kembara adalah setia pada sumpah

Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita

Warisan berkurun dari Dato' Laksamana

DIMANA BUMI DIPIJAK DISITULAH LANGIT DIJUNJUNG



Sumpah pendekar..Pantang undur walau setapak

Pantang maut sebelum ajal

Pantang derhaka pada titah

Pantang keris dipinggang kalau tak berani mati

Berdentum guruh dilangit

Merekah bumi dipijak

PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK



Pulangkan pamor pada kerisnya

Pulangkan sireh pada gagangnya

Pulangkan mahkota pada takhtanya

Pulangkan cokmar pada laksamana

Pulangkan langkah pada gelanggang

Pulangkan sumpah pada pendekar

Pulangkan rohani pada jasmani

Pulangkan bangsa dan martabat



Sumpah bukan cuma dibibir

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG

Bumi warisan ini TANAH TUMPAH DARAH KITA

Masih menuntut semangat yg belum tertunai

Pribumi bukan sekadar gelaran tanpa makna

Kita adalah anak watan



Darah yg mengalir ditubuh kita

Semerah darah Si Jebat yg tumpah dibumi Melaka

Semerah darah Si Jebat yg terlekat di Taming Sari

Semerah darah Si Jebat yg tercalit dikening Hang Tuah

Semerah darah Hang Nadim yg terhumban dilaut Temasik



Dan kita pun masih disini

Mendepani hari-hari yang semakin mencabar

Keutuhan tekad yg kental Sumpah keramat seorang pendekar

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA!!!

Selamatkah Malaysia?







Acara bermula lewat malam ini iaitu hampir jam 10 malam. Kehadiran tidak begitu ramai dan yang paling menyedihkan hanya ada bebarapa Anak India dan tiada langsung Cina DAPig yang menghadirkan diri untuk mendengar fitnah-fitnah dari mereka ini.

Kalau didengar dari mula hingga habis boleh dikatakan ceramah ini tidak berjaya langsung mengaitkan isu derita rakyat seperti yang diwar-warkan, yang ada hanyalah isu lama mempertahankan Anwar Al Juburi oleh Saifudin, dan fitnah memfitnah seperti yag biasa dilakukan.

Tetapi apa yang Panglima lihat disini yang benar-benar mencapai matlamat ialah Pak-pak Aji dan orang-orang tua didalam dewan ceramah ini berjaya diperbodoh-bodohkan dengan sebodoh-bodohnya tanpa belas kasihan dari penceramah-penceremah mereka malam ini..

Petikan terbaik: kita patut mencontohi Rakyat Jepun kerana berjaya menumbangkan kerajaan UMNO Jepun, kata Mahfuz si saman ekor.

Saturday, March 12, 2011



Rakyat mana yang menderita? UMNO kah Penyebabnya?

Seperti mana yang panglima lihat yang sebenarnya menderita adalah rakyat di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Menderita kerana dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin atasan mereka yang gila kuasa .

Thursday, March 10, 2011

Tarik kembali Undang-Undang Darurat.!! Untuk siapa?



PETALING JAYA 5 MAC : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bakal membentangkan usul bagi menarik kembali Undang-Undang Darurat yang masih lagi efektif di negara ini sejak 1960-an.
Hal ini diberitahu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang menyatakan bahawa kewujudan Undang-Undang Darurat menunjukkan Malaysia tidak akan dapat melakukan transformasi politik ke arah yang lebih baik.
"Kami ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan bentang usul memperkenalkan Rang Undang-undang pemansuhan Darurat menjelang Parlimen kali ini. Ini tunjukkan komitmen kita. Kita bukan cakap saja, kita akan buat," katanya.
Izzah berkata demikian dalam satu ceramah di Petaling Jaya semalam.
Darurat negara ini diistiharkan beberapa kali semasa kebangkitan Komunis, 1947 hingga 1990, selain Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963.
Terbaru ialah selepas tragedi 13 Mei 1969 di mana Parlimen digantung dan pentadbiran negara diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara yang dipimpin Tun Abdul Razak.
Ini menyaksikan banyak undang-undang diperkenalkan di bawah Ordinan Darurat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pelbagai lagi
Pakar Undang-Undang, Prof Saleem Shah Faruqi sebelum ini menyatakan banyak faktor yang mungkin menyebabkan kerajaan tidak menamatkan darurat iaitu mungkin kerajaan jahil dalam perkara ini; dan keduanya, kerajaan mungkin mendapati undang-undang yang digubal ketika darurat memberi "kemudahan" ketika digunakan.
Beliau menyatakan menurut artikel 150 (7) dalam Perlembagaan Persekutuan, seandainya darurat ditamatkan, semua akta yang digubal ketika tempoh darurat akan hilang penguatkuasaannya selepas enam bulan
Menurut Izzah, penarikan darurat penting bagi memastikan kebebasan dan kemerdekaan sebenar dapat dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.
"Selagi kita tak wujudkan transformasi politik, wujudkan keadaan di mana kebebasan kepada segenap lapisan masyarakat, tidak mungkin kita ke depan," tegas Izzah.
Izzah turut menyatakan betapa keadaan ini lebih teruk daripada rejim Mubarak yang memerintah Mesir dengan undang-undang darurat sepanjang 30 tahun pemerintahannya.
"Kita juga masih hidup dalam zaman darurat. Di Mesir, 30 Tahun Hosni Mubarak tak tarik darurat, di Malaysia 47 tahun masih lagi darurat berkuatkuasa. Digunakan akta darurat untuk halau warga setinggan seperti yang berlaku di Batu ,Segambut . Dan juga untuk mengusir mereka yang tinggal untuk bina MRT. Penggunaan Akta Pengambilalihan Tanah ini digunakan untuk ini," katanya.

lebih lanjut baca sini: http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/03/pr-bentang-pemansuhan-undang-undang.html

Selamatkan Malaysia?



Begitulah tajuk yang dibawa oleh sekumpulan yang menggelarkan diri mereka pemimpin. Berlagak seolah mereka adalah pasukan risikan yang telah mengetahui Malaysia ini tidak lagi selamat untuk diduki atau didiami lalu melancarkan satu kempen bertajuk "Selamatkan Malaysia." Melihatkan kepada tajuknya mungkin akan membuatkan kita risau apa sebenarnya yang bakal berlaku? tetapi jika dinilai dari keadaan kebelakangnya pula seakan tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya ini semua hanyalah propaganda tersepit yang sengaja diada-adakan untuk menakutkan rakyat. Bagi golongan orang lama, perkara ini tidak menakutkan mereka kerana mereka telah melalui saat yang lebih getir seperti yang berlaku ketika penjajahan jepun dulu dan pada masa itu ramai diantara mereka berjuang untuk menyelamatkan malaysia hingga ke hari kemerdekaan dan selepas kemerdekaan.

Kini keadaannya bebeza pabila anak muda pula melaungkan slogan perjuangan selamatkan Malaysia dengan penuh semangat tetapi yang peliknya kita nak selamatkan apa? Negara aman, rakyat makmur dan semuanya dalam keadaan baik dan terancang. Pergi kerja, balik kerja, pergi pasar, memancing, bersukan dan lain-lain lagi aktiviti tanpa diancam bom atau peluru sesat.

Jika difikirkan, Panglima rasa mereka yang berkempen ini perlu di saring air kencingnya manalah tahu mungkin mereka ini terlibat dalam penyalagunaan dadah dan mungkin inilah penyebab mereka merasakan negara ini tidak selamat untuk mereka.
Akhir kata dari Panglima, selamatkanlah Malaysia ini dari musuh-musuh yang ingin mengucar-kacirkan negara dan jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap pengkhianat negara ini, sebaliknya selidikilah dulu dan buatlah penilaian melaluiapa yang telah kita kecapi selama ini.

Friday, March 4, 2011

Hidayah.. Siapa?



Berbagai gelaran, pangkat, fatwa, hadis, ayat dan berbagai-bagai lagi yang telah dibuat oleh PASs untuk mempertahankan pakatan jahanamnya demi kuasa politik yang dicitanya selama ini. Mereka selalu berkata cina dan india kini telah diberi hidayah oleh Allah S.W.T dan kaum ini serius dalam mendalami islam.

Tetapi yang amat memalukan setiap kali ada isu melibatkan agama dan kaum PASs tidak pernah mendahuui dalam membuat keputusan sebaliknya mendiamkan diri dan buat seolah tiada apa yang berlaku. Sebenarnya siapa yang menguasai keadaan?

Pendek kata, sebenarnya yang menerima hidayah dari si kafir ialah PASs. Tahniah!

Islam Itu Agama, PAS itu Parti



"Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

Jika kenyataan ini boleh dilafazkan oleh kalangan pemimpin tertinggi PAS, mungkin tidak menjadi perkara mustahil yang Tn. Guru Nik Aziz akan melafazkannya satu hari nanti..