Thursday, April 21, 2011

KUALA SELANGOR KU : Pantai Remis #1



Pantai Remis, terletak di Jeram dalam daerah Kuala Selagor sudah tidak asing lagi bagi penduduk daerah ini dan pengunjung dari luar kerana ianya meupakan salah satu tempat menarik untuk menghabiskan masa bersama keluarga pada hujung minggu.



Selain pemandangan Laut Selat melaka dan tiupan angin yang menyegarkan Pantai Remis juga popular dengan aktiviti mencari hasil laut seperti Remis, Kerang, Mantarang dan beberapa lagi jenis siput laut yang tinggal di dalam kawasan berlumpur disepanjang pantai tersebut. Bagi yang datang membawa keluarga untuk makan-makan, destinasi ini menyediakan banyak kedai makanan laut disepanjang pantainya dan bagi yang ingin berbelanja pula ada banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dari hasil laut hinggalah ke barangan cenderahati.



Jadi, boleh dikatakan Pantai Remis di Daerah Kuala Selangor ini telah menjadi destinasi pilihan penduduk sekitar daerah ini untuk beriadah dan bersuka-ria besama keluarga serta secara tidak langsung telah menjadi tumpuan buat pelancong luar juga menghabiskan masa disini. Tetepi itu hanya cerita sedapnya... dan cerita yang tak sedapnya kita akan bawakan pada KUALA SELANGOR KU : Pantai Remis #2 . .........

No comments:

Post a Comment