Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya Bangsaku



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca ruang bicara ini. Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Islam di seluruh dunia. Sempena hari dan bulan yang mulia ini sama-samalah kita bermaafan antara kita, lupakan sengketa dan fahaman masing-masing agar dapat kita membina bangsa melayu yang bermaruah.

Fahaman politik dan perselisihan faham antara kita bangsa melayu telah membuatkan bangsa kita kian lemah dan mundur berbanding bangsa lain yang kita gelarkan minoriti. Persoalan mengapa jadi begitu hanya kita bangsa melayu yang mampu menjawabnya dan bagaimana untuk menanganinya hanya kita bangsa melayu yang mampu menyelesaikannya. Jangan tunggu hingga bangsa kita menjadi hancur kerana perselisihan faham barulah kita mahu bangkit berjuang dan ketika itu mungkin sudah terlambat.

Ramai mengatakan Bangsa Melayu bukan mudah untuk ditumbangkan kerana darah pandekar yang mengalir di segenap tubuh Bangsa Melayu akan bangkit menentang mereka yang cuba menghancurkan kita, memang benar begitu tetapi musuh kita kini sudah tidak lagi menggunakan kekuatan dan tenaga untuk menumbangkan kita. Musuh kita kini menggunakan akal fikiran untuk menentang Melayu, mereka memecahbelahkan kita, membuat kita bertelagah, membuat kita berebut kuasa dan membuat kita menunjuk siapa kuat antara kita yang akhirnya menyebabkan perpecahan yang berlaku sekarang ini.

Wahai bangsaku sekalian, tidakkah kamu sekalian faham apa yang kita hadapi sekarang ini? Bangkitlah bangsaku, Bersatulah Bangsaku, Kembalikan maruah bangsamu agar kita kekal memerintah Tanah Melayu! Fahamilah, kajilah, huraikanlah, renungkanlah kata keramat ini "takan Melayu Hilang Di Dunia Selagi Kiambang Masih Bertaut" dan sesudah itu akan fahamlah kamu bahawa yang mampu menolong kita hanyalah bangsa kita Melayu.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment