Wednesday, September 29, 2010

SEBIJI MUTIARA

Oleh: Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad



Sebiji mutiara bernama perlembagaan

Ditatah intan berlian, dipapah para pahlawan

Terukir pada mahkota raja

Lambang kedaulatan bangsa



Tersurat pada tulisan

Bahawa Islam mercu tanda Negara

Tersirat pada pengertian

Bahawa bahasa jiwa bangsa

Terlukis pada harapan

Melayu akan bangkit semula



Hasil jerih pejuang bangsa

Dan pahlawan gugur dipersada

Kita ukir kebahagiaan di wajah duka

Kita bina mahligai dikota raya

Kita gelak ketawa

Berhibur sehingga leka



Mutiara negara sedang dirungkai

Dan agama-agama menjadi rata

Tiada beza semuanya sama belaka

Dan hanya jalan-jalan lain ke syurga



Kita tiada lagi punya bahasa

Kita tiada lagi mampu mengungkap kata

Bahawa Melayu tak kan hilang di dunia



Kerana yang menentukan bukan kita

Bukan lagi akal bicara bijaksana

Tetapi harta



Mutiara lambang kedaulatan bangsa

Sedang dirobek-robek wataknya

Sehingga Melayu menjadi kerdil

Di bumi pusaka

Yang bukan lagi hanya milik kita

TAPI AKU MASIH LAGI TERMANGU

Oleh Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad


Lima puluh musim berlalu

Sedar-sedar kita telah dewasa

Telah punya tanah sendiri yang kita miliki

Tiada lagi tergadai di tangan orang



Di atas tanah bertuah peninggalan nenek moyang

Kita bangunkan pencakar langit menjulang awan

Lebuhraya memendek perjalanan

Keseluruh penjuru tanah pusaka



Kita bangunkan Putrajaya

Dan puluhan kotaraya

Anak-anak ke menara gading tanpa lagi merentas benua





Sinar ilmu menerangi perjalanan

Dan suara lantang kita

BergemaƂ di alam buana



Lalu kita bangga menjadi anak Malaysia



Di mana-mana orang memuji nama Malaysia

Idola dunia ketiga

Dunia Islam menjulang harapan

Setinggi awan menanti kebangkitan kita

Malaysia gah di serata dunia


Tetapi sesuatu berlaku tanpa terduga

Menara moral tersungkur

Dirempuh taufan durjana

Lebuhraya budaya terbelah diranap gempa

Musyawarah hanya pada nama

Menjadi permainan orang kaya

Digelanggang politik wang dan sogokan yang teruja

Suara rakyat yang menentu masa hadapan tanah pusaka

Diniaga di meja snooker



Lima musim berlalu

Aku berpijak di tanah pusaka

Yang kaya harta, yang memiliki segala

Tapi aku masih termangu.

Saturday, September 11, 2010

INDONESIAN WANT TO "GANYANG" MALAYSIA??? YOU BETTER THINK AGAIN!!!!



There are some interesting analysis of military observer’s University of Indonesia, Andy Wijayanto, about the possibility of open war between Indonesia and Malaysia in the conflict area Ambalat Block Waters. When Jakarta declared open war with our neighbors, President Susilo Bambang Yudhoyono should take into account the state alliance that will support these neighbor countries in the confrontation.

Andy revealed, Malaysia has a system of defensive alliance with England, Australia, Singapore and New Zealand. The alliance called the Five Power Defense Agreement (FPDA). One of the FPDA countries agreement is a clause that an attack on one member state is also an attack against another member state.

“Malaysia just request clause to be activated. If agreed, it means Indonesia must be prepared to fight also with the UK, Australia, Singapore and New Zealand which have a fighting force far more powerful and sophisticated,” he explained after a discussion of the draft Defence and Security.

From the official website of the British High Commission, Kuala Lumpur, it is known that the FPDA was established in 1971 as a consulting agency and the anticipation of an attack on Singapore and Malaysia. When 30-year commemoration FPDA in November 2001, the five member states agreed to establish a long-term cooperation. One of them, agreements to support each other if any of its member countries that attacked another country. This year, the FPDA to focus his review on maritime security. With that focus, the possibility of four other countries to support Malaysia in the confrontation with Indonesia to be bigger.

Not only that. If in our country will face a confrontation with the British, the country will very likely ask for an article five of NATO (North Atlantic Treaty Organization) enabled. Articles similar to NATO’s five FPDA treaty clause that essentially said that the attack suffered by one member state is considered as an attack on other member states and must be faced together. Therefore, could widen the confrontation with Malaysia and Indonesia must make a deal with NATO member countries.

“So, the effect will be successive. That is what must be considered carefully by the President of SBY before the declaration of confrontation with Malaysia. People must understand this is not so dark eyes urging war with Malaysia,” said Andy.

This is the comparison between Malaysian and Indonesian military forces

MALAYSIA

Military Affairs was neighbor called the Army of Kings Malaysia. At the beginning of its establishment, the British-made military equipment is widely used this country. Now they are using equipment from several countries, includingIndonesia-made aircraft.

* 1. Warship

* A dive boat equipped with 20 mm cannon
* Two fast ships transport troops
* Four French-made patrol boats were Exocet MM38 missiles and cannon Bofors
* 24 warships based in four places: Moss, Sandakan Sabah Kuantan and Labuan. KD Kerambit around Ambalat is one time based in Sandakan, Sabah.
* Two South Korean-made patrol boats equipped with cannon Creusot Loire 100 mm, 30 mm Emerlac, repellent and anti-submarine weapons. This ship is based in Kuantan
* Four Swedish-made vessel equipped with Exocet MM38 missiles, 57 mm Bofors and 40 mm Bofors based.
* Four ships Frigate, two of which were purchased secondhand from the British Royal Navy.
* Six German-made ship Corvette – Four patrol boats repellent Italian-made mines
* Two ships Multi Purpose Command and Support Ship made in Germany and South Korea
* One ship Sealift
* Two ships Hydro

* 2. Fighter

* F-5 E – Hawk MK108 based in Alor Setar, Kuantan, Labuan
* Hawk MK-208 based in Alor Setar, Kuantan, Labuan
* Eight F/A-18D based in Alor Setar
* MIG-29 based in Kuantan
* SU-30 based in Kuantan
* F-28 based in Kuala Lumpur
* Falcon based in Kuala Lumpur – Beech 200T based in Kuala Lumpur
* C-130H based in Kuala Lumpur
* CN-235 based in Kuala Lumpur
* S61A-4 based in Kuala Lumpur, Kuching and Labuan
* AS61N-one based in Kuala Lumpur
* S70A-34 personnel based in Kuala Lumpur

* 3. The number of soldiers of all forces: 196 042 (2002)

* The military budget per year: US1, 69 trillion (2.03 percent of GDP)

INDONESIA

Embargo on the purchase of military equipment from the U.S. to build military equipment to fall out of Indonesia. Newest fighter plane, Sukhoi SU-27 SK and SU-30 MK Russian-made, one still missing had no weapons. As of 12 combat aircraft “mainstay”, the F-16, two of whom had fallen and only eight are ready to fly.

* 1. Aircraft and Heli

* 8 units Hawk MK 109 based in Pekanbaru, Pontianak
* 32 units Hawk MK 209 based in Pekanbaru, Pontianak
* 6 units CN235 based at Halim
* Eight units F27-400m based at Halim
* SF260MS/WS based at Halim
* B707-3MIC
* 7 units 400m F27 aircraft
* F28-1000/3000
* L100-30
* C-130H-30 based at Halim
* NAS332L1
* L100-30
* EC-120B
* 12 units Heli Bell 47G-3B-1 based at kalijati
* 5 units F-16a based in Madison
* 5 units F-16B based in Madison
* F-5E based in Madison
* F-5F based in Madison
* Based in Madison Hawk Mk53
* 2 units Su-27SK based in Makassar
* 2 units Su-30MK based in Makassar
* NC212M-100/200 based in Malang
* Ce 401A based in Malang
* Ce 402A based in Malang
* 10 units Bronco OV-10F aircraft in Malang Warship
* 114 units fleet of various types (third for routine operations, a third for training, and the remainder for maintenance) Personnel

* 2. The number of soldiers (all forces): 250 thousand people

* The military budget per year: U.S. $ 1 trillion (1.3 percent of GDP)

SO ? Should Indonesia and Malaysia go into War Field, even they both are brother and neighbor ?

SOSILAWATU MATI DIBUNUH DI MORIB. MAYAT DIBAKAR DI LADANG AYAM.



KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

SUMBER : KOSMO

Selamat Hari Raya Bangsaku



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca ruang bicara ini. Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Islam di seluruh dunia. Sempena hari dan bulan yang mulia ini sama-samalah kita bermaafan antara kita, lupakan sengketa dan fahaman masing-masing agar dapat kita membina bangsa melayu yang bermaruah.

Fahaman politik dan perselisihan faham antara kita bangsa melayu telah membuatkan bangsa kita kian lemah dan mundur berbanding bangsa lain yang kita gelarkan minoriti. Persoalan mengapa jadi begitu hanya kita bangsa melayu yang mampu menjawabnya dan bagaimana untuk menanganinya hanya kita bangsa melayu yang mampu menyelesaikannya. Jangan tunggu hingga bangsa kita menjadi hancur kerana perselisihan faham barulah kita mahu bangkit berjuang dan ketika itu mungkin sudah terlambat.

Ramai mengatakan Bangsa Melayu bukan mudah untuk ditumbangkan kerana darah pandekar yang mengalir di segenap tubuh Bangsa Melayu akan bangkit menentang mereka yang cuba menghancurkan kita, memang benar begitu tetapi musuh kita kini sudah tidak lagi menggunakan kekuatan dan tenaga untuk menumbangkan kita. Musuh kita kini menggunakan akal fikiran untuk menentang Melayu, mereka memecahbelahkan kita, membuat kita bertelagah, membuat kita berebut kuasa dan membuat kita menunjuk siapa kuat antara kita yang akhirnya menyebabkan perpecahan yang berlaku sekarang ini.

Wahai bangsaku sekalian, tidakkah kamu sekalian faham apa yang kita hadapi sekarang ini? Bangkitlah bangsaku, Bersatulah Bangsaku, Kembalikan maruah bangsamu agar kita kekal memerintah Tanah Melayu! Fahamilah, kajilah, huraikanlah, renungkanlah kata keramat ini "takan Melayu Hilang Di Dunia Selagi Kiambang Masih Bertaut" dan sesudah itu akan fahamlah kamu bahawa yang mampu menolong kita hanyalah bangsa kita Melayu.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Black Hawk Down Malaysia


Surat Penghargaan


Mayat Koperal Mat Aznan Awang


Kereta Perisai Yang Terbabit Dalam Serangan


Mohd. Halim Khalid (kanan) dan Muhammad Juraimy Aripin, dua anggota Bahagian Risik Angkatan Tentera Malaysia yang pernah berkhidmat di Somalia.

Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera negara asing ketika bertempur dengan kumpulan militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia.

Namun di sebalik filem itu, tercatat satu kisah benar yang membabitkan pengorbanan dan perjuangan anggota tentera Malaysia yang berlaku pada 3 Oktober 1993.

Keberanian itu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan tentera AS daripada menjadi mangsa serangan para pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid.

Apa yang pasti, anggota ATM berada di barisan hadapan sekali ketika operasi menyelamat di dua lokasi berasingan yang terletak kira-kira tiga kilometer antara satu sama lain.

Operasi menyelamat dan pertempuran sengit itu mengambil masa lebih tujuh jam bermula pada sebelah malam dan hanya awal pagi keesokan harinya semua anggota ATM berjaya membawa keluar puluhan tentera AS dengan selamat.

Walaupun sebelum ini ATM dianggap tidak mempunyai pengalaman berperang di peringkat antarabangsa atau di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun peristiwa di Mogadishu itu mencatatkan kejayaan dan kehebatan sebenar tentera Malaysia pada mata dunia.

Seorang anggota ATM yang turut terbabit dalam operasi itu, Leftenan Kolonel Mohd. Halim Khalid, 44, buat pertama kalinya mendedahkan kisah sebenar yang berlaku.

Ketika itu Mohd. Halim berpangkat kapten dan bertugas sebagai Penolong Ketua Kompeni B, Batalion Malaysia di Somalia.

Saya bersama beberapa rakan ketika itu bertugas di bilik gerakan pada pukul 4 petang apabila menerima arahan untuk menggerakkan kompeni ke Pelabuhan Mogadishu yang dikawal oleh tentera pengaman dari Pakistan.

Kami tidak diberitahu gambaran lebih terperinci operasi itu. Ekoran itu, satu Kompeni B bersama 16 kereta perisai APC Condor dengan kira-kira 100 anggota ATM telah bergerak ke pelabuhan berkenaan, kata Mohd. Halim memulakan ceritanya.

Semasa berada di pelabuhan berkenaan Mohd. Halim dan rakan-rakan setugas sudah dapat mendengar bunyi tembakan yang datang dari sekitar kawasan Pasar Bakara selain melihat percikan api tembakan.

Ketika itu, Ketua Kompeni, Mejar Abdul Rashid Ahmad yang sebelum itu membuat tinjauan di sebuah lokasi di Mogadishu kemudian turut serta di pelabuhan berkenaan.

Kira-kira pukul 6 petang, satu lagi pasukan dari Kompeni A ATM bersama 16 kereta perisai APC Condor bersama sejumlah anggota diketuai Mejar Aziz Abdul Latif turut tiba di pelabuhan tersebut.

Semasa di pelabuhan itu, dapat dilihat sebuah helikopter Black Hawk AS mendarat cemas dengan seorang daripada tiga anggotanya sudah terkulai kakinya akibat kecederaan parah.

Daripada keadaan sekitar itu, saya dan rakan-rakan mula mengumpul maklumat berhubung keadaan yang berlaku namun situasi sebenar belum diketahui, kata Mohd. Halim.

Menurutnya, kira-kira waktu senja barulah datang sepasukan konvoi 200 tentera AS bersama beberapa trak dan ini diikuti tentera Pakistan dengan empat buah kereta kebal jenis M48.

Pada pukul 9.30 malam, sebuah helikopter AS mendarat bersama seorang anggota berpangkat kolonel. Dengan menggunakan lampu suluh dan peta, kolonel Casper terus memberi perintah operasi menyelamatkan sejumlah tentera AS di dua lokasi di Pasar Bakara iaitu kira-kira 10 kilometer dari pelabuhan tersebut.

Pasukan ATM hanya diberitahu mereka akan dipandu arah ke dua lokasi kejadian dari udara oleh helikopter AS.

Menaiki

Sebelum bergerak kira-kira pukul 10.30 malam, enam hingga tujuh anggota ATM bagi setiap kereta perisai yang berjumlah 32 buah kesemuanya diminta pulang ke kem bagi memberi tempat duduk kepada tentera AS menaiki kereta perisai tersebut.

Ramai kalangan anggota ATM yang merayu hendak turut serta tetapi disebabkan arahan dan tiada tempat dalam kereta perisai itu, mereka hampa.

Disebabkan itu juga, hanya tiga hingga empat anggota ATM sahaja berada dalam setiap kereta perisai bersama enam hingga tujuh anggota AS, kata Mohd. Halim.

Pergerakan konvoi menyelamat itu didahului dua kereta kebal tentera Pakistan, diikuti Kompeni B ATM dengan 16 buah APC Condor dan bahagian belakang disertai oleh Kompeni A tentera AS bersama trak-trak. Konvoi pertama itu pula diikuti konvoi kedua yang didahului Kompeni A ATM bersama 16 buah APC Condor dan ini diikuti pula tentera AS bersama trak-trak di belakangnya.

Bagaimanapun, dua kereta kebal Pakistan itu hanya mengiringi konvoi-konvoi itu hingga ke satu check point sahaja, iaitu di luar killing zone. Difahamkan kereta-kereta kebal itu tidak memasuki killing zone atas alasan tidak mempunyai kelengkapan night vision.

Walaupun serba kekurangan dan hanya menggunakan kereta perisai APC Condor yang kurang ketahanannya berbanding kereta kebal, namun anggota ATM meneruskan juga operasi menyelamat tersebut.

Kereta perisai ATM menggunakan mesingan 7.62mm berbanding kereta kebal tersebut yang mempunyai persenjataan lebih besar iaitu 12.7mm.

Saya berada dalam salah sebuah kereta perisai Kompeni B ATM - konvoi pertama dan kami kemudian meneruskan gerakan memasuki killing zone.

Sebaik sahaja hendak memasuki killing zone, kami digempur bertubi-tubi di kiri dan kanan jalan raya termasuk daripada senjata mesingan, mortar dan sebagainya. Kami digempur termasuk dari sebuah bangunan, Hotel Olimpic.

Menurut Mohd. Halim, mereka digempur dengan hebat kira-kira tiga jam.

Dalam keadaan gelap-gelita itu, kami turut membalas tembakan, katanya.

Walaupun tidak pernah bertempur, tetapi saya tak tahu bagaimana tiba-tiba semangat sanggup berjuang terpahat pada diri setiap anggota.

Begitu juga dengan anggota-anggota yang begitu berani mengendalikan mesingan di bahagian belakang APC Condor kerana sanggup keluar mempamerkan diri mereka kepada pihak militia, katanya.

Menurut Mohd. Halim dari persimpangan berhampiran Hotel Olimpic itu pasukannya terpaksa bergerak kira-kira satu kilometer sebelum dapat tiba ke sebuah lokasi di mana sekumpulan tentera AS sedang berlindung setelah terperangkap sejak siang hari.

Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS, kita dapat tahu 18 tentera AS telah terbunuh manakala 73 yang lain cedera.

Mereka yang cedera dan mayat-mayat itu dibawa menaiki APC Condor ATM. Hanya kira-kira pukul 7 pagi barulah kami dapat bergerak pulang ke pangkalan, katanya.

Sementara itu, tanpa Mohd. Halim sedar, daripada 16 kereta perisai dalam kompeninya itu, dua kereta perisai berada paling belakang sekali telah tersasar ke laluan sebelah kiri ketika berada di persimpangan berhampiran Hotel Olimpic.

Bertempur

Persimpangan ke sebelah kiri itu menuju ke lokasi kedua bagi menyelamat di mana terdapat sekumpulan tentera AS yang terperangkap.

Seorang anggota ATM yang turut melalui pengalaman bertempur semasa di kawasan Pasar Bakara, Mejar Muhammad Juraimy Aripin memberitahu, pasukannya ditugaskan ke lokasi kedua bagi menyelamat sekumpulan tentera AS.

Beliau yang ketika itu berpangkat leftenan muda dan tidak sampai setahun menyertai ATM berkata, beliau dan rakan-rakan telah diarah oleh Mejar Aziz Abdul Latif ke lokasi tersebut.

Kami diserang bertubi-tubi. Seperti kereta perisai dari Kompeni B, kereta perisai kami juga hanya dinaiki oleh tiga hingga empat anggota ATM manakala tentera AS yang sebelum itu ada bersama telah turun disebabkan prosedur menetapkan apabila diserang mereka perlu mencari perlindungan di kawasan selamat, katanya.

Sebelum itu, kata Juraimy pada masa operasi menyelamat tersebut, hanya tiga daripada empat sahaja kereta perisai yang ada dapat bergerak ke hadapan.

Ini disebabkan salah sebuah kereta perisai berkenaan telah digempur menyebabkan pemandunya tidak dapat melihat apabila alat smoke launcher ditembak musuh dan asap alat itu telah terkena pada mata pemandu kereta perisai.

Walaupun hanya tiga kereta perisai tetapi kami tetap bergerak ke hadapan untuk operasi menyelamat seperti diarahkan, katanya.

Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS yang dikepung, beberapa tentera AS terus berlari mendapatkan dan berlindung dalam kereta perisai ATM berkenaan.

Saya tak tahu berapa ramai tentera AS menaiki kereta perisai kami tetapi keadaan ketika itu macam sardin. Mereka (tentera AS) didapati lesu dan keletihan. Yang pasti, jumlah anggota tentera AS dalam setiap kereta perisai itu melebih 10 orang.

Sebaik sahaja hendak berpatah balik, kami sekali lagi diarah bergerak ke depan semula setelah mendapat maklumat terdapat dua kereta perisai dari Kompeni B ATM yang tersasar dari laluan asal dan kini berada di hadapan sekali serta telah digempur dengan hebat.

Memang ketika itu tiada apa yang dapat difikirkan. Demi rakan dan setia kawan dalam ATM, perasaan takut ketika itu sudah hilang. Yang ada cuma semangat untuk terus bertempur dan berjuang bermati-matian di samping dapat menyelamatkan rakan-rakan setugas.

Begitu juga rakan dalam setiap kereta perisai lain yang sanggup keluar sebahagian badan mereka semata-mata untuk mengendalikan mesingan yang berada di bahagian belakang APC Condor, katanya.

Operasi oleh konvoi Kompeni A itu telah berjaya menyelamatkan anggota ATM termasuk Prebet Rizal Ismail yang berada dalam konvoi di bahagian hadapan sekali.

Namun, seorang rakan setugas, Koperal Mat Aznan Awang telah terkorban setelah kereta perisai dinaiki dan berada di bahagian hadapan telah ditembak dengan senjata antikereta kebal.

Kata Juraimy, mereka akhirnya dapat keluar dari killing zone itu kira-kira pukul 6 pagi. Bagi Mohd. Halim dan Juraimy, pengalaman bertempur dan menyelamatkan tentera AS yang terperangkap di dua lokasi di Pasar Bakara merupakan satu pengalaman yang sukar dicari ganti.

Kedua-dua anggota ini yang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1994 menganggap pengorbanan ATM di Somalia amat besar dan tidak ternilai.

Kisah benar keberanian anggota ATM di Somalia ini merupakan catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan walaupun tiada filem seumpamanya dapat memberi gambaran seperti yang dihasilkan melalui filem Black Hawk Down.

Bagi anggota-anggota ATM ini, sejarah tetap sejarah walaupun mereka ini tidak disanjungi melalui layar perak.


- Utusan -

Monday, September 6, 2010

Memperkasa Melayu hadapi tuntutan, asakan — Ruslan Kasim

— Pada zaman Sultan Mahmud mangkat dijulang, permasalahan orang Melayu tidak begitu kompleks. Kehidupan mereka seadanya. Sembang-sembang politik tidaklah mendalam dan mendasar. Kehidupan harian sangat sederhana dan berligar di sekitar empat penjuru tiang halaman rumah masing-masing.

Tetapi, orang Melayu tahu menilai maruah dan harga diri. Tidak ada yang lebih dipelihara melainkan soal maruah, harga diri dan air muka. Maruah adalah segala-galanya bagi bangsa Melayu.

Banyak peristiwa “amuk Melayu” berlaku sejak tahun 1944 yang dipimpin oleh Kiyai Salleh sehinggalah kes Natrah pada awal tahun 1950-an di Singapura dan tragedi berdarah 13 Mei 1969 membuktikan pemilikan bangsa Melayu pantang diusik atau diganggu gugat oleh sesiapapun, apatah lagi daripada anasir-anasir luar lingkungan bangsa Melayu sendiri.

Soal agama dengan segala bidang dan institusinya, bahasa, hak-hak yang terkanun dan tidak terkanun, institusi Raja yang berdaulat, norma-norma sosial bangsa Melayu yang begitu halus mengakar pada adat dan budayanya serta perkara-perkara lain yang dianggap sinonim dengan persoalan maruah bangsa tidak boleh dilanggar dan dipalit oleh sesiapapun.

Kesemua perkara ini juga termaktub kemas di dalam Watikah Wasiat Raja-Raja Melayu yang dimeterai pada 31 Ogos 1957.

Pada peringkat awal kemasukan kaum- kaum pendatang ke Tanah Melayu dahulu, tidak banyak berlaku pergeseran kaum dan pencerobohan hak-hak orang Melayu kerana mereka tahu menjaga batas dan menghormati orang-orang Melayu.

Ia wujud mungkin kerana pada waktu itu mereka terpaksa menumpukan perhatian kepada soal-soal asasi seperti mendapatkan tempat tinggal, mengembangkan perniagaan dan terbukanya peluang dominasi ekonomi di wilayah baru (tentunya dengan perancangan dan bantuan pihak Inggeris), masalah kewarganegaraan, akomodasi dalam arus politik perdana Tanah Melayu, ketakutan mereka untuk pulang ke China akibat suasana politik di sana yang lebih menekan dan tidak menentu membuatkan mereka melihat Tanah Melayu lubuk yang lebih selesa bagi mengaut untung.

Namun, senario itu berubah setelah mereka memperoleh hak kerakyatan, pegangan ekuiti dan pemilikan sumber ekonomi yang semakin mencengkam, perkara-perkara tersurat dalam Perlembagaan yang boleh diberikan tafsiran semula dan dieksploitasi untuk lebih menghimpit orang Melayu serta beberapa perkara lain membuka ruang untuk mereka menangguk di air yang keruh.

Agenda menggoncang sendi-sendi bangsa Melayu dapat dilihat pada gelagat Lee Kuan Yew dan disemarakkan lagi dengan kenyataan Dr Tan Chee Koon (pada waktu itu beliau memimpin Parti Buruh) yang mengkritik kerajaan tentang rancangan pendidikan dan sikap berat sebelah yang kononnya memberi kelebihan kepada anak-anak Melayu, tentang Maktab Mara dan sebagainya.

Pendekatan yang agak komunal dengan mengemukakan statistik yang tidak tepat (perbandingan di antara pelajar Melayu dengan bukan Melayu dalam kursus-kursus profesional di IPTA ) bukan saja boleh menimbulkan dan membakar semangat kebencian antara kaum, bahkan ia boleh juga disifatkan sebagai jenayah politik yang sangat merbahaya pada waktu itu.

Khir Johari yang pada masa itu menerajui Kementerian Pelajaran menjawab tuduhan dan tohmahan tersebut dengan kata-kata beliau, “Sebahagian besar daripada mahasiswa Universiti Malaya dan Maktab Teknik adalah keturunan Cina dan tiap-tiap orang mendapat subsidi daripada kerajaan. Begitulah juga dengan Sekolah Tinggi Chung Ling Pulau Pinang yang mempunyai 3,500 orang murid dan 100 peratus terdiri daripada murid-murid Cina yang mendapat bantuan penuh dari kerajaan. Sekolah-sekolah lain seperti Victoria Institution, St John, MBS di Kuala Lumpur, St Michael dan ACS di Ipoh dan Penang Free School, kebanyakan muridnya terdiri daripada murid-murid Cina”.

Sementara itu, Tunku Abdul Rahman yang sangat kecewa dengan sikap kaum imigran yang menyerlahkan tindak-tanduk seperti “kacang lupakan kulit” pula memberikan kenyataan berikut: “Membina universiti Cina bererti menegakkan sesuatu yang sentiasa mengingatkan orang-orang Cina akan sifat Cina mereka dan bukan sebagai orang-orang Malaysia.” Namun seperti biasa, jawapan dan kenyataan itu bagi mereka tidak cukup kuat untuk tidak mengizinkan kaum mereka menentukan dasar pelajaran sendiri.

Selepas terkeluarnya Singapura dari Tanah Melayu, pergolakan politik semakin kritikal khususnya setelah pihak pembangkang yang diterajui oleh beberapa parti politik bukan Melayu mendapat kejayaan di luar dugaan semasa Pilihan Raya Umum 1969 hingga akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi berdarah 13 Mei, 1969 akibat reaksi keterlaluan dan di luar batas kesopanan yang ditunjukkan oleh para pengikut mereka.

Setelah PAP menutup bukunya di Malaysia, DAP mengambil alih tugas sacred mission PAP dalam meneruskan perjuangan meleburkan benteng dan meranapkan kewibawaan bangsa Melayu dengan melontarkan gagasan Malaysian Malaysianya untuk mewujudkan padang yang “sama rata”.

Persoalannya apakah perubahan sikap dan pendirian kaum imigran terhadap orang Melayu itu menjadi bertambah baik dan usaha pemupukan perpaduan kaum meningkat? Apa yang nyata ialah asakan dan tuntutan mereka semakin menjadi-jadi serta menampakkan kegilaan yang sukar dibendung, apatah lagi warna perkauman DAP terutamanya, yang amat pekat itu kini dicairkan oleh penglibatan dan sokongan sebilangan orang Melayu yang lupa di mana bumi dipijak dan tempat langit dijunjung. — Utusan Malaysia

* Ruslan Kasim ialah Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa).

* This is the personal opinion of the writer or the newspaper. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.